Loading...

Mengenai SMCD

Pusat Perubatan Sunway Damansara

Pusat Perubatan Sunway Damansara (SMCD) merupakan sebuah hospital tertier yang komprehensif dengan kapasiti melebihi 300 katil, yang ditubuhkan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berfokuskan pesakit kepada komuniti setempat.

Mula beroperasi pada Disember 2024 sebagai hospital tertier komprehensif keempat di bawah model "hub and spoke" oleh Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG), Pusat Perubatan Sunway Damansara berperanan melengkapi hospital kuaternari utama SHG, iaitu Pusat Perubatan Sunway (Bandar Sunway), hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia.

Penambahan strategik ini bukan sahaja mengukuhkan keupayaan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif dan berteknologi tinggi, malah turut memperluaskan akses komuniti kepada penjagaan kesihatan berkualiti tinggi di seluruh rantau ini.

About us
Vision Mission

Visi

Menjadi antara pusat perubatan swasta terkemuka di rantau ASEAN.

Misi

“Service with a SMILE”

S-Satisfactory return to stakeholders (Memberikan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan)
M-Modern, comprehensive and safe facility and environment (Menyediakan kemudahan dan persekitaran yang moden, komprehensif dan selamat)
I-Inspired, engaged and driven teams (Dipacu oleh pasukan yang bersemangat, berdedikasi dan bermotivasi)
L-Leading-edge clinical practices and technologies (Menggunakan pendekatan klinikal dan teknologi terkini)
E-Exceed customers’ expectations (Melebihi jangkaan pelanggan)

Mengapa Pilih Kami

Kami merupakan sebuah pasukan yang komited terhadap standard tertinggi dalam penjagaan pesakit, menerusi penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, disokong oleh teknologi dan kemudahan yang canggih, demi memastikan rawatan terbaik untuk pesakit masa kini dan generasi akan datang.

bed
+

Katil Berlesen

Consultation Suites
+

Bilik Konsultasi

ICU and HDU Beds
+

Katil ICU dan HDU

Operating Theatres

Bilik Pembedahan

Catheterization Laboratory

Makmal Kateterisasi

24-Hour Accident & Emergency

Perkhidmatan Kecemasan & Kemalangan 24 Jam

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Pusat Perubatan Sunway Damansara berpegang teguh kepada aspirasi untuk membina masa hadapan yang lebih sihat. Misi kami adalah untuk menyediakan akses kepada perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia dan berkualiti tinggi kepada para pesakit serta komuniti, baik di peringkat tempatan mahupun serantau. Dengan sokongan pasukan profesional kesihatan yang berdedikasi, kemudahan bertaraf antarabangsa, serta komitmen teguh terhadap penjagaan yang mengutamakan pesakit, SMCD berhasrat untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup setiap individu yang kami bantu.

Jasmine Lau

Ketua Pegawai Eksekutif,
Pusat Perubatan Sunway Damansara

Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan kami bagi sebarang isu kesihatan, hari ini.

Tempah Janji Temu Anda Sekarang
whatsapp

WhatsApp Us
Click to chat