09/01/2025

Pusat Perubatan Sunway Damansara Tawar Imbasan Ketumpatan Mineral Tulang (BMD) Secara Percuma

Dengan nilai keseluruhan melebihi RM100,000, imbasan ini ditawarkan secara percuma kepada warga emas hingga Februari 2025

Petaling Jaya, 9 Januari 2025 – Pusat Perubatan Sunway Damansara (SMCD) menawarkan imbasan Ketumpatan Mineral Tulang (Bone Mineral Densitometry – BMD) secara percuma kepada warganegara berusia 55 tahun dan ke atas sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena pembukaan hospital ini pada bulan lalu. SMCD merupakan hospital tertier keempat di bawah Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway.

Saringan BMD ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai osteoporosis serta kepentingan pengesanan awal, di samping memberi sokongan yang diperlukan kepada individu berisiko. Kempen ini menggalakkan masyarakat untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan tulang, demi menjamin masa hadapan yang lebih sihat buat komuniti warga emas.

“Dengan Malaysia kini menuju status negara tua yang mana 8.1 peratus penduduk berumur 65 tahun ke atas pada tahun 2024, penjagaan kesihatan tulang menjadi semakin penting demi kesejahteraan warga emas kita. Kami berbesar hati menawarkan saringan BMD percuma yang bernilai lebih RM100,000 kepada individu berumur 55 tahun ke atas, sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai osteoporosis dan memperkasakan warga emas untuk mengambil langkah proaktif dalam penjagaan kesihatan tulang yang lebih baik. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami terhadap kesejahteraan komuniti Damansara. Di Sunway Medical Centre Damansara, kami percaya bahawa selain memberikan rawatan perubatan yang terbaik, kami juga bertanggungjawab menyumbang secara positif kepada komuniti dengan memastikan setiap individu mempunyai akses kepada sumber penjagaan kesihatan yang mereka perlukan untuk masa hadapan yang lebih sihat,” ujar Puan Jasmine Lau Mooi Hun, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway Damansara.

Osteoporosis merupakan isu kesihatan serius yang sering tidak disedari sehingga berlaku patah tulang, menjadikan pengesanan awal amat penting. Statistik dari Bone Health Alliance Malaysia (2020) menunjukkan bahawa 77 peratus wanita Malaysia yang menghidap osteoporosis pascamenopaus (PMO) tidak didiagnosis. Justeru itu, melalui kempen CSR ini, SMCD berharap dapat memupuk amalan penjagaan kesihatan secara pencegahan dalam kalangan masyarakat, sambil memanfaatkan kepakaran ortopedik SMCD sebagai salah satu bidang keutamaan. Inisiatif ini mengukuhkan komitmen SMCD untuk meningkatkan tahap kesihatan dan memastikan setiap individu menerima penjagaan yang sewajarnya.

Kempen CSR ini disempurnakan dalam satu majlis yang dihadiri oleh Puan Jasmine Lau Mooi Hun; Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway Damansara, Dr. Lee Tuan Cheong; Pengarah Perubatan Pusat Perubatan Sunway Damansara, Dr. Deepak A/L Ajit Singh; Pakar Bedah Ortopedik (Pembedahan Tulang Belakang & Pengurusan Sakit Intervensi), Dr. Muhammad Azrin Bin Mohd Asihin; Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma Muskuloskeletal Lanjutan, Dr. Raymond Yeak Dieu Kiat; Pakar Bedah Ortopedik Trauma dan Sukan, Dr. Teo Han Liang; Pakar Radiologi, barisan pengurusan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, rakan-rakan korporat, wakil persatuan dan pakar perubatan lain.

SMCD menawarkan pelbagai kepakaran termasuk Kecemasan & Kecederaan, Kardiologi, Neurosains, Gastroenterologi, Ortopedik, Telinga, Hidung, Tekak (ENT), Pediatrik, Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan Plastik & Rekonstruktif dan lain-lain.

Selain itu, hospital ini turut dilengkapi kemudahan terkini seperti Pusat Hemodialisis, Makmal Kateterisasi, Dewan Bedah, Wad Pembedahan Harian, Bilik Bersalin, Penjagaan Harian Kemoterapi, Wad Pediatrik, serta peralatan perubatan canggih termasuk MRI 3 Tesla berkuasa AI, Imbasan CT Multislice Dual Source, Sistem Fluoroskopi C-arm Pelbagai Guna dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pusat Perubatan Sunway Damansara dan inisiatif CSR ini, sila hubungi: 019-6269191.


Mengenai Pusat Perubatan Sunway Damansara

Pusat Perubatan Sunway Damansara yang terletak di Kota Damansara merupakan hospital tertier keempat di bawah Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, dengan kapasiti melebihi 300 katil, 60 bilik konsultasi pakar, dan lapan dewan bedah.

Hospital ini menawarkan pelbagai bidang kepakaran termasuk Kecemasan & Kecederaan, Kardiologi, Neurosains, Gastroenterologi, Ortopedik, Onkologi, ENT, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, dan pelbagai lagi.

Pusat Perubatan Sunway Damansara merupakan sebahagian daripada Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway yang turut mengendalikan hospital utama, Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway. Kemudahan ini diiktiraf oleh Australian Council on Healthcare Standards (ACHS) dan disahkan oleh Joint Commission International (JCI) dari Amerika Syarikat, sekali gus menjadikannya sebuah hospital kuaternari swasta. Selain itu, kumpulan ini turut merangkumi Pusat Perubatan Sunway Velocity di Cheras dan Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang di Seberang Jaya. Pusat Perubatan Sunway merupakan satu-satunya hospital di Malaysia yang menerima tiga pengiktirafan berprestij; JCI, ACHS dan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).

Pertanyaan Media:
Evelyn Chan
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Pusat Perubatan Sunway Damansara
[email protected]
017-6095656
www.sunwaymedicaldamansara.com.my

Kembali