Waktu Melawat

Wad Umum 9.00 am - 9.00pm daily only
Wad Pediatrik 8.00 pagi – 9.00 malam
Wad Bersalin 8.00 pagi – 9.00 malam
ICU/ CCU/ HDU 12.00 tengah hari – 2.00 petang & 6.00 petang – 8.00 malam setiap hari

 

Kemasukan / Discaj

Butang Panggilan

Perkhidmatan butang panggilan di wad adalah percuma. Sila tekan untuk bantuan.

Ruang Menunggu

Ruang menunggu awam disediakan di lobi lif setiap aras.

Makanan

Makanan disediakan secara percuma untuk pesakit yang dimasukkan ke dalam wad sahaja. Hidangan diberikan berdasarkan umur dan keadaan pesakit. Waktu hidangan adalah seperti berikut:

  • Sarapan: 8.00 pagi – 9.00 pagi
  • Makan Tengah Hari: 12.00 tengah hari – 1.00 petang
  • Minum Petang: 3.00 petang – 3.30 petang
  • Makan Malam: 6.00 petang – 7.00 malam
  • Minum Malam: 8.00 malam – 8.30 malam

Sila gunakan peralatan makan sendiri untuk makanan tidak halal. Termos air panas disediakan dan pengering rambut boleh disediakan atas permintaan.

Peralatan Elektrik

Penggunaan peralatan elektrik persendirian adalah dilarang sama sekali di dalam hospital.

Merokok

Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan hospital.

Barangan Berharga

Demi keselamatan, pesakit dinasihatkan agar tidak membawa barangan berharga. Pusat Perubatan Sunway tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda peribadi.