24/12/2024
Era Baharu Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan di Damansara

Pusat Perubatan Sunway Damansara Dibuka Secara Rasmi untuk Komuniti
Petaling Jaya, Selangor, 23 Disember 2024 – Pusat Perubatan Sunway Damansara (SMCD), kemudahan terbaharu di bawah Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG), telah memulakan operasinya secara rasmi pada 2 Disember 2024 sebagai hospital tertier keempat yang komprehensif dalam rangkaiannya. Kemudahan moden dan serba canggih ini kini beroperasi sepenuhnya dan bersedia memberikan rawatan bertaraf tinggi yang memfokuskan pesakit, dengan teknologi terkini dan disokong pasukan profesional perubatan yang berdedikasi.
Dengan kapasiti melebihi 300 katil (156 katil berlesen ketika ini), hospital ini dilengkapi untuk menawarkan pelbagai kepakaran perubatan dan perkhidmatan kesihatan lanjutan. Reka bentuk hospital turut memberi penekanan kepada keselesaan pesakit, sambil mengekalkan standard rawatan tertinggi dalam pelbagai disiplin.
Terletak di lokasi strategik di Kota Damansara, SMCD mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti NKVE, Sprint, dan Lebuhraya Utara-Selatan. Lokasi ini memberi kemudahan yang signifikan kepada pesakit di sekitar kawasan tersebut. Menyasarkan komuniti yang pesat berkembang, termasuk penduduk tempatan dan ekspatriat, kedudukan hospital ini yang sentral memastikan akses segera kepada rawatan kritikal untuk penduduk sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Jabatan Kecemasan & Kecederaan 24 jam SMCD dilengkapi dengan 14 katil dan dikendalikan oleh pasukan perubatan berpengalaman yang bersedia mengendalikan pelbagai situasi kecemasan termasuk trauma, serangan jantung, dan strok. Kedudukannya yang berhampiran dengan lebuh raya utama dan laluan pengangkutan awam membolehkan akses pantas dan mudah ke rawatan segera.
Hospital ini menawarkan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh, merangkumi rawatan perubatan dan pembedahan lanjutan dalam bidang kepakaran seperti Kardiologi, Neurosains, Gastroenterologi, Ortopedik, Onkologi, ENT, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, serta Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, serta banyak lagi. SMCD turut menyediakan pelbagai perkhidmatan dalaman yang disesuaikan dengan keperluan pesakit yang pelbagai. Antaranya termasuklah unit Hemodialisis dengan 35 ruang rawatan, Penjagaan Harian Kemoterapi, 1 Makmal Kateterisasi, lapan Dewan Bedah, Wad Pembedahan Harian, 10 Bilik Bersalin, lebih daripada 30 katil Penjagaan Kritikal, serta Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), bagi memastikan penjagaan kesihatan yang menyeluruh untuk setiap peringkat kehidupan.
“Saya berbesar hati mengumumkan bahawa SMCD kini bersedia untuk berkhidmat kepada pesakit dan komuniti di sekitar kami. Menjelang tahun 2025, kami komited untuk memperkasakan lagi inisiatif kesihatan pencegahan serta program tanggungjawab sosial korporat. Saya amat berbangga dengan dedikasi pasukan yang telah membantu mencapai pelbagai kejayaan penting ini, sekali gus mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada para pesakit,” kata Puan Jasmine Lau Mooi Hun, Ketua Pegawai Eksekutif SMCD.
Untuk maklumat lanjut atau membuat janji temu, sila layari https://www.sunwaymedicaldamansara.com.my, hubungi 603-8966 9191 atau WhatsApp di +60192168825. Muat turun aplikasi Sunway Medical Damansara di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery untuk membuat janji temu dengan doktor.
Mengenai Pusat Perubatan Sunway Damansara
Pusat Perubatan Sunway Damansara yang terletak di Kota Damansara merupakan hospital tertier keempat di bawah Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, dengan kapasiti melebihi 300 katil, 60 bilik konsultasi pakar, dan lapan dewan bedah.
Hospital ini menawarkan pelbagai bidang kepakaran termasuk Kecemasan & Kecederaan, Kardiologi, Neurosains, Gastroenterologi, Ortopedik, Onkologi, ENT, Pediatrik, Obstetrik dan Ginekologi, Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, dan pelbagai lagi.
Pusat Perubatan Sunway Damansara merupakan sebahagian daripada Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway yang turut mengendalikan hospital utama, Pusat Perubatan Sunway di Bandar Sunway. Kemudahan ini diiktiraf oleh Australian Council on Healthcare Standards (ACHS) dan disahkan oleh Joint Commission International (JCI) dari Amerika Syarikat, sekali gus menjadikannya sebuah hospital kuaternari swasta. Selain itu, kumpulan ini turut merangkumi Pusat Perubatan Sunway Velocity di Cheras dan Pusat Perubatan Sunway Pulau Pinang di Seberang Jaya. Pusat Perubatan Sunway merupakan satu-satunya hospital di Malaysia yang menerima tiga pengiktirafan berprestij; JCI, ACHS dan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).
Pertanyaan Media:
Evelyn Chan
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Pusat Perubatan Sunway Damansara
[email protected]
017-6095656
www.sunwaymedicaldamansara.com.my
