Permohonan Laporan Perubatan

Jabatan Rekod Perubatan (MRD) Pusat Perubatan Sunway Damansara menyediakan perkhidmatan bagi permohonan dokumen perubatan berikut:

  • Pengisian borang insurans / PERKESO / KWSP
  • Laporan perubatan bertulis
  • Laporan hasil siasatan klinikal

Kebenaran bertulis daripada pesakit adalah wajib bagi setiap pelepasan maklumat perubatan. Bagi pesakit yang berumur di bawah 18 tahun, mengalami ketidakupayaan mental, atau telah meninggal dunia, kebenaran mesti diperoleh daripada ibu bapa / penjaga / waris terdekat / wakil sah.

Muat turun Borang Kebenaran / Pelepasan Maklumat di sini.