
Pusat Perubatan Sunway Damansara (SMCD) merupakan sebuah hospital tertier yang komprehensif dengan kapasiti melebihi 300 katil, yang ditubuhkan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berfokuskan pesakit kepada komuniti setempat.
Mula beroperasi pada Disember 2024 sebagai hospital tertier komprehensif keempat di bawah model "hub and spoke" oleh Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG), Pusat Perubatan Sunway Damansara berperanan melengkapi hospital kuaternari utama SHG, iaitu Pusat Perubatan Sunway (Bandar Sunway), hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia.
Bagi mewujudkan pendekatan yang menyeluruh terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan, Pusat Perubatan Sunway Damansara menawarkan pelbagai kepakaran yang memenuhi keperluan setiap pesakit.
Kami merupakan sebuah pasukan yang komited terhadap standard tertinggi dalam penjagaan pesakit, menerusi penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi, disokong oleh teknologi dan kemudahan yang canggih, demi memastikan rawatan terbaik untuk pesakit masa kini dan generasi akan datang.